Sunday, January 22, 2012

TILAWAH : Layanan Baik terhadap Orang Bukan Islam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah perkongsian pertama saya di blog Diskusi Ilmiah ini. Kali ini saya akan berkongsi tentang Pendidikan Islam Tingkatan 5 iaitu tajuk yang diambil dari bahagian Tilawah Al-Quran iaitu Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam.




TERJEMAHAN AYAT:


"Dan jika seseorang daripada kaum musyrikin
Meminta  perlindungan kepadamu
( untuk memahami islam ) , maka berilah  perlindungan
Kepadanya sehingga dia sempat mendengar
Keterangan ( ayat-ayatallah ,
Kemudian hantarlah dia ke tempat yang
Aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana
Mereka kaum yang tidak mengetahui
( Tentang ajaran islam )."

3 PERINTAH ALLAH BERDASARKAN AYAT

1) Memberi bantuan kepada orang kafir yang meminta perlindungan


2) Menyampaikan dakwah/keindahan Islam kepada mereka


3) Menempatkan mereka di tempat yang aman atau selamat agar mereka dapat melihat kebaikan Islam dan umat Islam



KEPENTINGAN MEMBERI LAYANAN YANG BAIK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM


1) Untuk menyampaikan Islam kepada orang bukan beragama Islam


2) Menunjukkan contoh kepada orang bukan Islam di Malaysia (khususnya) bahawa Islam adalah agama kedamaian


3) Bagi menyampaikan dakwah secara berhikmah




KESAN PEPERANGAN:


1) Berlaku kemusnahan nyawa dan harta benda


2) Proses pembangunan dan kemajuan negara akan terjejas


3) Manusia akan hidup dalam ketakutan


4) Sistem pendidikan akan musnah




PENGAJARAN AYAT
  • Islam mewajibkan kita memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan ajaran Islam kepada mereka. 
  • Kita wajib mengekalkan keamanan yang sedang dinikmati sekarang. 
  • Umat Islam wajib menunjukkan tauladan yang baik terhadap orang bukan Islam. 
  • Memberi kemaafan adalah salah satu sikap yang dituntut oleh Islam.

Sekian, wassalam :)

2 comments:

Mohd Haziman said...

satu pengkongsian yang baik..sekarang ni di MRSM PONTIAN terdapat teacher dari Scotland..

Nurul 'Izzah said...

Wah..Alhamdulillah, bestnya ada foreigner teacher at school! :) Show our greatest attitude towards her, so that she can learn something from our religion, especially in our attitude :)

* teringat pulak one of my dad's friend from Australia who came to our house 10 years ago.hehe :D *

 
;