Tuesday, February 28, 2012 0 comments

AQIDAH : IMAN MUTIARA HIDUP

السلام عليكم :)

Alhamdulillah..bertemu kembali..apa khabar para pengunjung hari ini? Diharap semuanya berada dalam keadaan yang baik insya Allah :)

Ok, untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang Aqidah..aqidah kita sebagai seorang Muslim/Muslimah. Ok, jom kita sama-sama hayati perkongsian ini ;)





:: PENGERTIAN IMAN ::

Bahasa : mengiktiraf/mengakui/membenarkan

Istilah :
Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan



:: IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG ::

 Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat iman seseorang boleh bertambah dan berkurang   Iman sesemangnya berkait rapat dengan amalan seseorang
  Iman bertambah dengan melakukan amal perbuatan dan ibadah kepada Allah
  Iman berkurang jika melakukan maksiat atau kemungkaran kepada Allah



Thursday, February 23, 2012 2 comments

IBADAT : Pemilihan Calon Suami & Isteri

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah, bertemu kembali. Jom kita study lagi subjek PAI Form 5 nih! :)





:: Ciri-ciri calon Isteri Menurut Islam ::

♥ Kukuh pegangan amanya

♥ Berasal dari keturunan yang baik

♥ Masih dara

♥ Sihat dan dariketurunan yang ramai anak


:: Ciri-ciri Bakal Suami/Isteri ::


 Beriman

 Berilmu dan mempunyai didikan agama yang sempurna

 Bertanggungjawab dan bertimbangrasa

 Dari keturunan yang baik-baik

Sunday, February 5, 2012 0 comments

Ya Rasulullah S.A.W, kami merinduimu..

Assalamu'alaikum dan bertemu kembali..


Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk terus hidup oleh Rabbul 'Izzati pada hari ini, Maulidur Rasul S.A.W..


Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini andai dapat bermimpi dapat bertemu dengan Rasulullah..Allahu Akbar! Membaca dan menelusuri sirah kehidupan dan perjuangan baginda membuatkan hati-hati yang disapa rindu kepadanya mengalirkan mutiara-mutiara jernih tanda kagum, sedih dan rindu pada perjuangan baginda. Bukan sahaja kepada Rasulullah, malah para sahabatnya yang lain. Allahu Rabbi..


Friday, January 27, 2012 1 comments

IBADAT : Perkahwinan Dalam Islam

Assalamu'alaikum..bertemu kembali :)


Alhamdulillah, hari ini para pelajar saya telah mempelajari satu lagi tajuk baru yang saya rasa sangat disukai dan sering ternanti-nanti oleh para pelajar iaitu tajuk PERKAHWINAN. Untuk entry kali ini, saya kongsikan sedikit pendahuluan tentang perkahwinan.



PENGERTIAN

:: Bahasa : CANTUM/HIMPUN

::
Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah yang memberi makna nikah, yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

HUKUM


:: Harus : Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya berkahwin.


:: Wajib :- Mampu menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan. 
         - Dikhuatiri terjerumus ke lembah zina

::
Sunat : - Berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan
           - Ingin berkahwin dan tidak khuatir akan terlibat dengan zina

::
Makruh : - Tidak mampu memberi nafkah tetapi ingin berkahwin

::
Haram : - Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin atau ingin menzalimi/memudaratkan isteri

Sunday, January 22, 2012 2 comments

TILAWAH : Layanan Baik terhadap Orang Bukan Islam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah perkongsian pertama saya di blog Diskusi Ilmiah ini. Kali ini saya akan berkongsi tentang Pendidikan Islam Tingkatan 5 iaitu tajuk yang diambil dari bahagian Tilawah Al-Quran iaitu Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam.




TERJEMAHAN AYAT:


"Dan jika seseorang daripada kaum musyrikin
Meminta  perlindungan kepadamu
( untuk memahami islam ) , maka berilah  perlindungan
Kepadanya sehingga dia sempat mendengar
Keterangan ( ayat-ayatallah ,
Kemudian hantarlah dia ke tempat yang
Aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana
Mereka kaum yang tidak mengetahui
( Tentang ajaran islam )."

3 PERINTAH ALLAH BERDASARKAN AYAT

1) Memberi bantuan kepada orang kafir yang meminta perlindungan


2) Menyampaikan dakwah/keindahan Islam kepada mereka


3) Menempatkan mereka di tempat yang aman atau selamat agar mereka dapat melihat kebaikan Islam dan umat Islam

 
;