Alhamdulillah..bertemu kembali..apa khabar para pengunjung hari ini? Diharap semuanya berada dalam keadaan yang baik insya Allah :)
Ok, untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang Aqidah..aqidah kita sebagai seorang Muslim/Muslimah. Ok, jom kita sama-sama hayati perkongsian ini ;)
:: PENGERTIAN IMAN ::
Bahasa : mengiktiraf/mengakui/membenarkan
Istilah : Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan
:: IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG ::
♥ Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat iman seseorang boleh bertambah dan berkurang ♥ Iman sesemangnya berkait rapat dengan amalan seseorang
♥ Iman bertambah dengan melakukan amal perbuatan dan ibadah kepada Allah
♥ Iman berkurang jika melakukan maksiat atau kemungkaran kepada Allah
:: CIRI-CIRI ORANG YANG BERTAMBAH IMAN ::
♥ Mempunyai ilmu tentang Allah dan Rasul-Nya
♥ Banyak melakukan ibadat sunat. Ia dapat melembutkan hati dan menambahkan kecintaan kepada Allah
♥ Melazimi berzikir kepada Allah dan sentiasa mengingati-Nya
:: KEMANISAN IMAN ::
♥ Ialah berasa gembira dengan melakukan ibadat kepada Allah dan sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah.
♥ Lebih mengutamakan Allah dan Rasul dalam melakukan sesuatu amalan.
:: SYARAT PEROLEHI KEMANISAN IMAN ::
♥ Menyintai Allah dan rasul-Nya melebihi yang lain
♥ Mengasihi seseorang kerana Allah
♥ Membenci kekufuran
Sebagai penutup perkongsian kali ini, saya kongsikan bersama sebuah lagu yang disampaikan oleh kumpulan nasyid yang cukup popular pada tahun 90-an dahulu iaitu kumpulan RAIHAN :)
1) Nyatakan maksud Iman dari segi Bahasa dan Istilah.
2) Iman boleh bertambah dan berkurang. Jelaskan 2 ciri orang-orang yang bertambah imannya.
3) Apakah syarat-syarat untuk mendapat kemanisan iman?
4) Terangkan 2 pengajaran daripada tajuk di atas.

No comments:
Post a Comment