Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk terus hidup oleh Rabbul 'Izzati pada hari ini, Maulidur Rasul S.A.W..
Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini andai dapat bermimpi dapat bertemu dengan Rasulullah..Allahu Akbar! Membaca dan menelusuri sirah kehidupan dan perjuangan baginda membuatkan hati-hati yang disapa rindu kepadanya mengalirkan mutiara-mutiara jernih tanda kagum, sedih dan rindu pada perjuangan baginda. Bukan sahaja kepada Rasulullah, malah para sahabatnya yang lain. Allahu Rabbi..
Allahu Rabbi.. Adakah pada tarikh istimewa 12 Rabiul Awal sahajakah umat Islam di seluruh dunia ini akan mengingati kekasihMu, Muhammad?
Allahu Rabbi..Adakah pada tarikh keramat ini sahaja seluruh umat Islam akan meluangkan beberapa minit dan jam dalam kehidupan mereka untuk mengingati Sayyidul Anbiya', Muhammad S.A.W?
Allahu Rabbi.. Adakah pada tarikh ini sahaja umat Islam yang masih sedar dan waras akan mengingati sirah perjuangan baginda?
Allahu Rabbi.. Adakah pada tarikh ini sahaja umat Islam yang masih mengingati baginda akan menganjurkan ceramah-ceramah dan majlis ilmu berdiskusi tentang kehabatan Khatimul Anbiya', Muhammad?
Allahu Rabbi.. Allah.. Allah..
Semoga diri kita tidak tergolong dalam golongan yang hanya mengingati MUHAMMAD ibnu ABDULLAH pada tarikh mulia 12 Rabiul Awal sahaja setiap tahun.. Malah sepatutnya dan seharusnya diri dan hati kita sentiasa mengingati baginda dan cuba mengikuti segala apa yang dilakukan, diamalkan, dituturkan, diniatkan oleh baginda (sunnah nabi) setiap hari, setiap detik dan ketika..agar kita termasuk dalam kalangan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W di akhirat kelak.....
Coretan kali ini mungkin agak luarbiasa daripada coretan sebelumnya dan coretan oleh rakan-rakan blogger di blog mereka..coretan yang sekadar untuk menjentik hati dan menyedarkan minda kita tentang hakikat sebenar yang dilakukan oleh majoriti umat Islam pada masa kini..
Saya tinggalkan coretan kali ini dengan beberapa buah video nasyid tentang Habibullah, MUHAMMAD S.A.W.. Nahnu nuhibbuka Ya Rasulullah.. (Kami mencintaimu Ya Rasulullah)..
Semoga sama-sama beroleh manfaat daripada entry kali ini.. Jangan lupa untuk memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W kerana baginda pernah bersabda bahawa orang yang paling kedekut di dunia ini ialah apabila disebut Muhammad, dia tidak kembali berselawat ke atasku..
Wallahu A'lam..
Wassalam :)

No comments:
Post a Comment