Friday, January 27, 2012 1 comments

IBADAT : Perkahwinan Dalam Islam

Assalamu'alaikum..bertemu kembali :)


Alhamdulillah, hari ini para pelajar saya telah mempelajari satu lagi tajuk baru yang saya rasa sangat disukai dan sering ternanti-nanti oleh para pelajar iaitu tajuk PERKAHWINAN. Untuk entry kali ini, saya kongsikan sedikit pendahuluan tentang perkahwinan.



PENGERTIAN

:: Bahasa : CANTUM/HIMPUN

::
Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah yang memberi makna nikah, yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

HUKUM


:: Harus : Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya berkahwin.


:: Wajib :- Mampu menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan. 
         - Dikhuatiri terjerumus ke lembah zina

::
Sunat : - Berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan
           - Ingin berkahwin dan tidak khuatir akan terlibat dengan zina

::
Makruh : - Tidak mampu memberi nafkah tetapi ingin berkahwin

::
Haram : - Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin atau ingin menzalimi/memudaratkan isteri

Sunday, January 22, 2012 2 comments

TILAWAH : Layanan Baik terhadap Orang Bukan Islam

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah perkongsian pertama saya di blog Diskusi Ilmiah ini. Kali ini saya akan berkongsi tentang Pendidikan Islam Tingkatan 5 iaitu tajuk yang diambil dari bahagian Tilawah Al-Quran iaitu Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam.




TERJEMAHAN AYAT:


"Dan jika seseorang daripada kaum musyrikin
Meminta  perlindungan kepadamu
( untuk memahami islam ) , maka berilah  perlindungan
Kepadanya sehingga dia sempat mendengar
Keterangan ( ayat-ayatallah ,
Kemudian hantarlah dia ke tempat yang
Aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana
Mereka kaum yang tidak mengetahui
( Tentang ajaran islam )."

3 PERINTAH ALLAH BERDASARKAN AYAT

1) Memberi bantuan kepada orang kafir yang meminta perlindungan


2) Menyampaikan dakwah/keindahan Islam kepada mereka


3) Menempatkan mereka di tempat yang aman atau selamat agar mereka dapat melihat kebaikan Islam dan umat Islam

 
;