Friday, January 27, 2012

IBADAT : Perkahwinan Dalam Islam

Assalamu'alaikum..bertemu kembali :)


Alhamdulillah, hari ini para pelajar saya telah mempelajari satu lagi tajuk baru yang saya rasa sangat disukai dan sering ternanti-nanti oleh para pelajar iaitu tajuk PERKAHWINAN. Untuk entry kali ini, saya kongsikan sedikit pendahuluan tentang perkahwinan.



PENGERTIAN

:: Bahasa : CANTUM/HIMPUN

::
Istilah : Akad yang menggunakan lafaz nikah yang memberi makna nikah, yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

HUKUM


:: Harus : Orang yang tidak mempunyai tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang mengharamkannya berkahwin.


:: Wajib :- Mampu menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan. 
         - Dikhuatiri terjerumus ke lembah zina

::
Sunat : - Berkemampuan menunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan
           - Ingin berkahwin dan tidak khuatir akan terlibat dengan zina

::
Makruh : - Tidak mampu memberi nafkah tetapi ingin berkahwin

::
Haram : - Tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin atau ingin menzalimi/memudaratkan isteri



ASAS PERKAHWINAN DALAM ISLAM

1) Ketakwaan kepada Allah -> Mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya

2) Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah -> Cinta dan kasih sayang

3) Al-Muasyarah Bil Ma'ruf -> Kebersamaan kedua-dua belah pihak

4) Bertanggungjawab serta amanah -> Menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai suami dan isteri



HIKMAH PERKAHWINAN

1) Menjamin kesihatan

2) Memenuhi tuntutan jasmani dan rohani

3) Menjalinkan silaturrahim

4) Memberi ketenteraman kepada pasangan



Akhir kalam, sekurang-kurangnya pada entry ini, para pelajar akan dapat memahami maksud perkahwinan, hukum, asas-asas dalam perkahwinan dan juga hikmah dianjurkan perkahwinan. Di sini, kita dapat melihat banyak hikmah dan kelebihan di sebalik perkahwinan. Kerana itu jugalah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan kita sebagai ummatnya agar berkahwin kerana baginda juga berkahwin dan melakukan ibadat yang lain.

Saya akhiri perkongsian kali ini dengan sebuah video tentang Perkahwinan iaitu sebuah lagu yang diilhamkan daripada Hadith Rasulullah S.A.W tentang doa yang sepatutnya diucapkan kepada pasangan pengantin di hari bahagia mereka. Lagu ini cukup popular kerana didendangkan oleh Maher Zain :)



Insya Allah bertemu lagi di entri akan datang..
Wassalam :)

1 comment:

Anonymous said...

Casino Site - Best Chance Online Casino with Slots
Join The Game fun88 vin - Casino site with the best casino games, 10cric login slots and casino games to win big. Grab your sign-up 카지노사이트 bonus now!

 
;